Followers

Click-click~

Wednesday, May 16, 2012

Pertama kali :)

Salam...

Dalam lebih kurang 22 minggu mengandung ni, aku selalu je keliru apa rasa yang ada kat perut aku ni? baby tengah bergerak ke? perut aku banyak angin ke? kenyang sangat ke? sebab pertama kali mengandung kan? mana lah nak tahu apa yang berlaku sebenarnya. bila jumpa kawan2 yang dah ada pengalaman mengandung semua akan tanya, dah rasa tak baby gerak? jawapan aku selalunya "entah, tak pasti dah gerak ke belum sebab tak tahu." yerp sebab aku memang tak tahu.

tapi tadi, aku rasa perut aku lain macam. aku terus je tengok perut sambil letak tapak tangan aku. and......, tiba2 je tangan aku terkedepan sikit macam kena tolak!! ya Allah...... serius aku nampak baby aku bergerak. aku tak tahu apa yang dia buat. tengah main sepak2 ke, menggeliat ke, alih posisi ke, tangan duk kepak2 ke... tapi yang aku pasti dia bergerak and aku nampak perut aku terbonjol and tangan aku bergerak jugak! pertama kali ok!! aku macam nak nangis je rasanya. arrrghhh perasaan yang ta boleh nak cerita! subhanallah!!! terharu sangat ada makhluk Allah yang bernyawa dalam perut aku ni. terus sms encik suami. nak share dengan dia. tapi jumaat nanti dia baru balik. so nanti harap2 baby gerak bila ayah dia balik. tunjuk skill kat ayah dia. :) sangat comel! tak sabar nak tunggu dia gerak lagi....

Wednesday, May 2, 2012

semua orang pun tak suka benda ni

Salam...

aku paling benci kalau orang tipu aku lepastu dah kantoi still taknak mengaku. tetap juga nak mempertahankan diri dia yang memang dah salah tu. menipu dah 1 hal lepastu buat2 tak tahu macam dia tak menipu langsung. adoiii sakit betul hati ni lah. ye aku tahu semua orang pun tak suka benda ni. siapa yang suka kena tipu kan? aku ni diam je lah tak bagitahu dekat laki aku sebab takut kena marah. yeee laki aku garang. jadi aku takut lah nak bagitahu. tapi malam semalam dia balik pagi2 buta dia tengok aku tak boleh nak tidur. dia tanya kenapa? aku cakap sakit kepala. dia cakap fikir apa? dia tu kan memang tahu je. tapi aku takda lah fikir sangat sebenarnya. cuma dari petang tu aku sakit kepala kenapa entah. aku pun tercakap lah "entah lah fikir lah apa2 kot". dia paksa2 aku cerita. aku siap cakap "nanti kalau orang cerita jangan marah tau!" dia cakap ok je aku pun cerita la.... siap meleleh2 lah airmata ni. dan, dia betul tak marah aku pun. tapi, siap tenangkan aku lagi. dia cakap " takpa lah... biar orang tipu kita, jangan kita tipu orang. nanti dia dapat lah balasan. nak menipu sampai bila pun kan?" adoiii sejuk ati gue... hehehe... dia cakap lagi "dah, tak payah nangis biar je.. nanti cari lain." huhu terharunya. terus aku tak fikir sangat dah.. aku cool je... untung kan ada suami? heheheh sila kahwin cepat pada sesiapa yang belum kahwin. :)

Thursday, April 26, 2012

menyusahkan saya memang hobi mereka :)

Salam...

orang cakap kalau dah kahwin ni semua tak sama dah macam dulu. kan? memang la.. ada benda yang still boleh buat sama je macam before kahwin. tapi ada benda yang dah tak boleh dah nak sama je macam dulu.

aku lepas kahwin dah tinggal agak jauh sikit dengan kawan2 baik aku. ye lah dulu kawan baik sekampung. paling jauh pun kat jalan 3 je. takde lah jauh mana. kan? tapi sekarang memang jauh. terasa jugak lah kalau nak pergi ke bangi tu. kalau takde apa hal memang aku duk umah je lah.. tapi, kawan mane pernah lupa kawan kan? lagi pulak kawan baik. mane boleh putus kawan. sayang selamanya ok!

so kawan baik aku yang si shyra tu ada lah jual shawl and tudung sarung tu semua.. aku ni nak tengok dari sehari ke sehari tak sempat2. last2 aku pun suruh lah dia and nana datang rumah aku. hehehe ye lah sebab aku malas nak drive pergi kat diorang. kuikui... dan diorang ni pulak memang suka ambil kesempatan lah kan. setiap kali datang rumah aku asyik nak makan je kerjanya.. heran aku. memang suka menyusahkan aku tau. dah la mengandung2 ni saja je nak dera aku. heheheh takde lah.. aku suka lah diorang datang. aku dapat masak2 untuk diorang. tapi memang diorang paksa aku masak pun. tapi aku tak kisah pun. ok je. sebab....., aku tak pernah masak kat rumah. ye lah aku hari2 makan kat rumah mak mertua aku. so nak masak macamana kan? laki aku cakap tak payah masak. makan kat rumah ma je... haaaaa senang hidup jadi maizatul ni.. hehe... diorang datang selalu pun takpe! aku suka. sebab laki aku selalu balik lambat. aku bosan duk rumah sorang2. tak best! so siapa nak datang rumah aku lepas ni sila bagitahu ok. hahahahahah! mati lah kalau kena serbu lepas ni..

disebabkan kawan2 nak datang, maka aku kena lah pergi beli lauk mentah kan. sebab nak masak kat rumah aku takde apa2. aku bagitahu lah fizi yang diorang nak datang. dia suruh aku masak or beli je makanan kat kedai. aku pilih untuk masak sendiri la... tak best lah nak beli2 ni.. kan? menu malam tu ialah sambal sotong, ikan bilis + kentang masak kicap, kacang buncis + lobak goreng and air oren. kelam kabut aku masak sebab nana cakap dia gerak dari rumah dalam pukul 8. aku mana nak solat, nak potong sayur, nak siang sotong semua. kelam kabut kot sorang2. ye lah sebab "rajin" sangat masak kan? tu yang jadi gelabah tu kena masak sorang2 and dalam masa yang singkat. aku ni beriya2 lah masak cepat2 sekali diorang kul 9.30 baru sampai.. benci!!!!!! suka mempermainkan perasaan i tau! haha!

before makan sibuk lah nak bergambar bagai

nasib baik sampai2 je rumah aku reti ambik pinggan sendiri, hidang lauk2 semua kat depan. kalau datang makan je memang nak kena lah dengan aku kan.. seronok tengok shyra makan tambah dua kali. dia cakap dia lapar sangat. ke aku masak sedap sebenarnya tapi malu nak cakap? takpe2 aku faham.. hahaha... yang si nana tu makan sikit je sebab dah makan kat rumah. suruh orang masak beriya2 sangat pastu makan kat rumah pulak. walhal dah pesan dah jangan makan kat rumah. mengada!

habis makan baru lah boleh tengok tudung2 semua.. dah kenyang kan. tengah tengok2 tudung laki aku balik pulak.. adooiii kacau betul lah! aku takut lah kalau dia balik sebab dia dah pesan aku tak boleh beli tudung selama 2 tahun sebab tudung dah banyak. hahahahahha! tapi aku beli gak kat shyra. 2 helai. tapi tak cakap kat dia. diam2 je. kalau dia baca ni habis la.. hehehe... dah habis pilih2 tudung siorang pun nak balik. siap pesan kat baby aku dalm perut ni nanti diorang datang lagi. nak dera aku masak lagi lah tu.

terima kasih lah sebab sudi datang rumah aku. suka sangat bila ada orang datang rumah. sebab selalu duk rumah sorang2 je.. tak best! nanti datang lagi ok! aku masak lagi.. :)

Wednesday, April 25, 2012

envy me :)




akhirnya... berjaya dapatkan semula! :) gembira...

selamat tinggal tangga..

Salam...

yeay dah rajin sikit dah nak update lagi belog. tapi cerita tak penting pun. hurmm korang selalu kalau kat pejabat naik lif ke naik tangga kalau nak pergi tingkat atas? aku ni jenis yang bila sampai ofis terus je pergi ke arah tangga. so naik tingkat atas guna tangga je la... memang dah terbiasa. naik and turun ikut tangga. sebab 1 tingkat je pun kan. lagi pun ada fakta mengatakan kalau kita rajin turun naik tangga nanti kaki kita jadi cantik. huhuhu tak tahu betul ke tak. sila cari. hiks~

tapi......., sejak beberapa hari ni aku mula sedar yang aku dah tak larat nak naik tangga. huhuhu penat! kaki aku macam tak boleh nak melangkah. tapi sampai hari ni aku still guna tangga lagi. tadi aku macam cakap kat akak2 ofis aku ni aku tak larat dah nak naik tangga. mengah! diorang terus je cakap serentak, naik lah lif! aku macam baru tersedar yang ofis aku ni ada lif. hahahahahah boleh? ok mulai esok sila naik lif eyh. selamat tinggal tangga. itu pun kalau aku ingat la... jangan esok pun sampai2 terus je pergi kat tangga gak.. hehe...

Tuesday, April 24, 2012

The Paradigm

Salam...

eyh2 dah lamanya tak update belog. hurmm aku dah malas dah sekarang ni. nak bangun pergi kerja pun malas apa entah lagi nak menaip cerita kat sini kan? maaf lah ye.. memang sejak pregnant ni kemalasan menjadi2. dulu malas sikit je. sekarang ni malas banyak dah. hiks~

baby dah masuk 19 minggu dah. minggu depan pergi check up lagi. aku google gambar tu tadi. bila kuar je terkejut aku. memang camtu ke kedudukan baby aku dalam perut ni? kesian dia. terus aku usap perut aku ni haa.. macam berlipat2 pulak aku tengok. hehe... setakat ni semuanya ok je! aku pun takde alahan2 tu semua. cuma kurang selera makan sikit. perut lapar tapi tengok makanan takde selera. tapi sekarang ni aku tengah suka makan roti canai garing.. sedap weyh! sebelum ni aku adalah seorang yang kurang gemar makan roti canai. kalau makan pun selalunya separuh je. sebab memang aku tak suka. tapi haritu aku selamba je makan 2 keping roti ok! and lagi best, aku makan ngan kuah kari!!! padahal dulu kalau mak aku masak kari je aku mesti goreng telur. makan nasi ngan telur je. sebab aku tak suka sangat makan kari. tapi ni boleh pulak aku suka.. pelik2...

ok, sebenarnya bukan nak cerita pasal aku pun. tapi ni dah terpanjang pulak intro. ni nak cerita pasal The Paradigm. korang tahu tak pasal Paradigm ni? Ni adalah projek baru yang tengah dibangunkan kat Kelana Jaya ni. aku sebenarnya nak cakap pasal paradigm mall tu. sebab sangat dekat ngan ofis aku. hari2 nak pergi kerja mesti kena lalu depan mall tu dulu then buat u-turn untuk pergi ofis aku.

korang tahu tak, jalan kat situ hari2 memang jam. MEMANG! CONFIRM! tak pernah tak jam. memang akan jam dari tol sunway sampai lah ke damansara. dari federal pun jam jugak. so korang boleh bayangkan tak bila paradigm tu siap nanti jam dia akan jadi camne? dengan ada lah beberapa bangunan lagi yang dah nak siap. and itu adalah ofis jugak. perghhhhh aku tak boleh nak imagine lah. dah la sekarang ni jam memang gila2 punya. sampai aku asyik lambat je sampai ofis. selalu kalau aku sampai tol sungai besi tu kul 7 ke 7.10 pagi relax lagi lah kan. sekarang ni sampai kul 7 pun dah start jam macam apa je.. aku pelik la... semua orang dah beli kereta ke apa? hehehehe....

ok balik pasal mall tu. bila lalu depan mall tu tengok memang besar lah.. aku rasa semua benda ada dalam tu kot nanti. dia macam midvalley lebih kurang. so pasni nak tengok movie dah senang dah. (kalau ada panggung lah kan) hehehe... kitorang semua dah duk terbayang2 dah nak main boling, tengok movie, shopping, makan semua lah kat situ. dah tu dekat sangat ngan ofis kan... tapi macam ada je boling tu semua kan? confident je.. dah tu besar kot mall tu takkan lah tak ada kan? tak sabar nak tunggu dia siap sepenuhnya. sekarang ni dah hampir siap dah. semalam aku lalu tulisan dia baru PARAD pastu tengahari gi makan tengok dah complete PARADIGM. pagi tadi aku lalu PARADIGM MALL pulak... tinggal pasang logo je kot. ni aku bagi korang tengok ilustrasi mall tu yang aku amek dari web mane ntah tadi. aku google2 jumpa pulak...

 ni map nak ke paradigm tu. kot lah korang tak tahu kan.

inilah dia Paradigm Mall tu. besar kan?

nanti kalau dah siap aku buat review lagi eyh pasal mall ni. harap2 dia segah nama dia la.. hehehe... tapi setakat ni kitorang lalu asyik nampak tempat parking je. macam banyaknye lah tempat parking. ouh2 dengar2 ada tesco nanti kat dalam tu. tak tahu lah betul ke tak. kalau korang nak tahu detail korang google lah eyh. info aku tak complete pun. ok ini je. bye!

Wednesday, February 22, 2012

mari belajar!

Salam..

eyh? macam dah lama je tak post apa2 kan? ok meh kita kongsi info sikit. aku tahu pembaca belog aku ni semua bijak2 kan? tapi aku nak kongsi lah sikit info ni bagi kita semua ingat balik and tak tersilap pasal hukum ni. ni pun aku nampak kat wall fb kawan. so lepas ni takde lah nak buat silap lagi kan? ekceli peringatan untuk diri sendiri jugak! hehehe..

boleh lah print kalau nak lebih senang. kan?
pakat2 share dengan kawan ok! tq :)

nuff