Followers

Click-click~

Friday, February 18, 2011

sakit tak sakit, if makan free aku on je..

Salam...

sementara aku tengah takde keje ni kan moh le kite update belog ye dak? tambah2 aku tengah rajin ni boleh la nak bercerita. tengah fresh lagi cerita aku ni. kalau tak selalu aku bagi korang hadap benda benda yang dah basi je kan? nah ni baru keluar dari oven. hahah!

macam yang semua tahu [sape yang friend ngan aku kat facebook la], aku kan ada pergi klinik hari rabu haritu. lepas tu doktor suruh aku jumpa pakar esoknya [khamis] so dapatlah aku MC hari khamis tu. eyh aku keje sehari je eyh minggu ni? aaah sudah, aku kalau dah start cuti ni nanti jadi parah lah ni. mesti nak cuti je keje... ari isnin aku ambik annual leave sebab saje je la kan dah selase cuti so aku cuti je la alang alang. so rabu aku keje. semalam dengan harini aku MC. perghhh sedap!

kat mane tadi? haa aku pergi klinik rabu malam. lepas tu semalam aku pergi lah jumpa pakar. appointment kul 3, aku rajin sikit semalam aku sampai awal.  maka aku orang pertama lah yang mengadap doktor. suke aku. dia duk belek2 kaki aku, pastu suruh buat x-ray. takut tulang ada prob katanye. turunlah aku. sakit sakit pun turun naik guna tangga ok. takda makna aku nak guna lif yang nak tunggu untuk turun ke tingkat 1 je ambik masa dekat setengah jam. malas! lepas dah x-ray semua, aku naik balik. doktor tengok dia cakap tulang ok. dia cakap lagi "awak buat fisio lah sebab saya rasa ni urat awak ni. nanti pergi buat appointment kat bawah ok" [psssst doktor ni cute weyh!]. maka lepas ambik x-ray aku balik, turunlah aku untuk ambik ketotop ngan ubat tahan sakit. sambil tunggu ubat buat la appointment kan. maka katanya fisio pukul 9 pagi. aku ambik yang paling awal. malas aku lambat2.

so tadi aku pagi pagi dah bersiap nak buat fisio. tapi aku gerak lambat sikit atas masalah masalah teknikal. heh! fisio berjalan dengan lancar. aku malas nak cerita panjang panjang la sebab aku nak cerita benda lain sebenarnya. hahahahah! sengal tak aku? dah dah cerita lain lah pulak. bosan aku cerita pasal fisio ni sebab company aku cover sikit je. selebihnya aku yang kena bayar. rabak rabak. haaaa nak sangat pergi pakar kan? ko stanby je la rm500 untuk bayar semua ni nanti eyh. ada siapa siapa nak hulurkan bantuan tak? boleh transfer ke akaun cimb saya. kahkahkah!

ni lah cerita sebenar dia. aku sakit memang sakit. tpi since pagi pagi lagi time akak aku bersiap nak pergi keje dia dah cakap tengahari kang ada lunch kat alamanda dengan dak2 futsal kak iera belanja ish rugilah kan kalau tak pergi. plus aku bukanlah tak boleh berjalan langsung. cuma ye lah, dah doktor bagi aku MC, aku ambik je la kan? bukan aku mintak pun. ye dak? [mulut2 longkang, jangan nak pertikai pulak eyh] maka seperti yang dijanji pukul 12.30 jumpa di kenny rogers. tapi macam biasa janji melayu, aku sampai lambat dekat kul 1. walhal rumah dengan alamanda sekangkang kera je..

ish aku mulalah jadi bosan nak menaip panjang2. korang tengoklah gambar eyh. kak nik dengan kak ina takde. sebab kak ina ada kursus kat melaka. kak nik aku tak sure.

 khusyuk dowh masing2
 heh makan beb haruslah ceria~

 me with sis yus. my beloved sister ever!
 rambut baru kak nani. semart lah! [tak nampak pulak warna hehe..]
 sampai2 je tengok dah terhidang makanan
aku makan sampai nak pecah perut. ni pun ada rasa nak muntah lagi ni. adoi!



pelik?
hehe kak iera baru kawen so kami semua bagi hadiah kat dia.
aku siap cakap time aku kawen nanti aku nak vacuum. hahaha tak boleh blah!

dah ni je. aku dah pening dah ni makan banyak sangat. serious nak muntah weyh dari balik tadi. arghhhh! mak aku marah dia cakap " dah besar kan? bukan budak kecik dah tahu dah kenyang yang pergi sumbat je makanan kenapa??" haaaaa kan dah kena. baiklah mak tsk T_T



p/s: tapi aku rasa aku bukan nak muntah pun. aku tak sedap badan sebenarnya. aku taw kenapa. sebab aku memang selalu camni kalau berlaku benda ni. biarlah rahsia~

0 loves:

nuff