Followers

Click-click~

Monday, April 11, 2011

kulit halus, mulus, lembut, gebu, putih cerah, berseri. ok dah over!

Salam...

wow sangat ajaib pagi2 maizatul dah update belog dia. heheh~ ye la sementara tengah ada idea ni kan.. ok takyah panjang2 cerita. aku nak bagi petua kat korang sebenarnya. perghhh dah macam makcik2 pun ada gak ni kan? giler cool aku muda2 dah mengamalkan petua2. heh. macam orang dulu2 eyh? lantak la. janji hasil yang aku dapat, aku puas hati. meh aku cerita.

alkisah, perempuan ni dengan tips kecantikan memang tak boleh nak lari la.. aaah takyah nak tipu la cakap korang tak kisah pun pasal penjagaan diri. nampak sangat menipu.. ngee... aku ni tergolong dalam perempuan2 yang menitik beratkan jugaklah pasal penjagaan diri ni. walaupun pada hakikatnya aku malas nak cuci muka guna pencuci muka, malas nak pakai toner, krim muka semua bagai. aku pakai time aku rajin and nak nampak cantik je. hahahah poyo gila ayat!!! menyampah pulak aku rasa. tapi, tapi, tapi, aku ni rajin sikit buat benda yang macam kena menyusahkan diri sendiri. maknanya kat sini aku suka la try petua2 yang aku rasa cool yang ada kat majalah-majalah. salah satunya yang aku dah try ialah petua untuk menghaluskan dan mencerahkan kulit. yang mencerahkan tu aku tak dapat nak sure lagi sebab tak nampak hasil lagi. tengok nanti kalau aku dah buat berulang2 kali ada beza tak. nanti aku bagitahu lagi ok!

petua dia camni. korang ambik beras, goreng dengan api perlahan kat dalam kuali sampai warna dia keperangan. jangan hangus pulak tau! lepas tu sejukkan dan blend sampai dia hancur. make sure dia hancur betul sebab takut nanti badan korang bercalar kalau dia kasar2. yang tu aku tak jamin eyh. bila dah blend semua, korang boleh lah lumurkan kat badan korang. letak air sikit taw supaya dia melekat kat badan and senang korang nak gosok nanti. lepas tu bilas macam biasa. korang akan dapat rasa perbezaan dia time2 tu gak. serius! aku tak tipu. korang pergi try k. kalau ikutkan dia akan jadi cerah tapi ni aku tengok sama je. ke sebab aku memang dah cerah? hahahahahahah! riak giler. walhal takde la putih melepak pun kan? dush! tapi aku yakin bila kerap buat mungkin akan jadi cerah kot? sama2 lah kita cuba ya untuk menjadi lebih cerah. tapi bab kulit jadi halus n lembut tu aku sure.

bab bau don't worry sebab wangi je kot beras tu time korang lumur kat badan, takde bau macam scrub yang korang beli kat kedai2 jamu tu. hehe macam pernah pakai je bunyinye.. syhhh rahsia! so, tunggu apa lagi. balik rumah kang try eyh! selamat mecuba! ouh jangan lupa bagitau aku berhasil ke tak! ok bye!



p/s: encik tunang pun sibuk gak nak try. macam perempuan2 pulak rasenya dia tu. hehehehe!

7 comments:

zeera said...

ha, ni mesti petua kulit mulus putih gebu tuk persediaan kawen ni kn kn kn? hee

aanie said...

klu guna beras wangi, wangi la kot badannya...hehe...

mai, xleh guna benda lain ke?syg la guna beras...huhu...cer try kunyit ke...

MyeAqma said...

zeera: hehehe nk pegi spa mahal sgt syg plak duit.. kahkahkah! bley x jwb camtu? heheh gi spa tu nnti dah dekat baru gi..

kak ani: haaa ye la kot guna beras wangi lagi lah wangi! haha!
laaa syg plak? bukan byk pun kak.. segenggam je.. x pun pakai kentang pun boleh. tp kentang hiris2 dia letak kt muka. ni beras utk badan. :)

Sarah H. Muha said...

ko guna beras best eh? aku before ni guna beras pulut best jugak. mmg lembut la kulit. tapi aku tak goreng2, aku terus blend je haha. kang update dgn result ok.

anis said...

perghhh ni siyes nye planning nih... untuk abg tersayang jugakj kn... hahahaha aku balik nk buat gak la.. umh sewa x dekr beras ngan blder

Nur Hanani said...

bagus petua ni..kena try.. :)

Jom baca ni: Dah tiba masa untuk di polish..

MyeAqma said...

sarah: aku guna beras biasa je beb. ok je aku rase. heh aku goreng dulu. dah kat magazine tu ckp goreng dulu.. sape je eyh kalau x goreng pun? nnti aku update lg jadi cerah ke x eyh..

anis: haaa blk umah kang buat eyh.. kot x sabar, pegi je bli beras timbang kt kedai. hehe..

nur hanani: hehe selamat mencuba!

nuff