perghhh giler lame kot tak update belog! huhuhu.. harap maaf seminggu takde kat office sebab pergi kursus. dua kursus ok! penat, letih, enjoy, best, gembira semua ada la... pasal kursus aku cerita nanti ok. semalam aku tak keje. sebab apa? sebab aku tak larat giler nak bangun. kaki sakit, badan sakit, tekak sakit.. semua sakit sebab banyak buat aktiviti kot time team building haritu.. so aku MC je semalam. tapi tengahari aku keluar pegi lunch dengan nana. hehehe...
semalam birthday encik tunang. happy birthday ngimok! ngimok ni makin tua makin degil. sehari sebelum birthday dia main futsal then lutut dia meletop. WHAT???! ye meletop sebab terkehel kot. haaaa kan.. tak reti duduk diam lagi.. lepastu nak sedih2 ngadu kat aku lah kan. balik dari kursus tu aku jumpa dia kejap kat rumah kawan dia. sebab aku hantar kawan aku dulu kat bangi. kebetulan dia pun ada kat situ pulak.. so jumpa dia kejap. pastu masuk2 kereta terus cakap "awak, lutut saya meletop tadi.. sakit.. macamana saya nak panjat gunung ni.." haaa rasain! ni besok dah nak pegi panjat gunung memang mustahil lah kan boleh ok dalam masa sehari ni... tak dapat der.....
tapi semalam dia keje.. gigih kan? kaki sakit pun nak keje gak. sebab apa? sebab nak simpan cuti untuk naik gunung.. bukannye simpan cuti untuk kahwin.. aku ni haaa punya la sayang cuti sebab fikir nak kahwin. cuti maintain je ada lagi 25 hari kau.. banyak tak? banyak kan?? heheheh... sebab dia keje maka senang lah sikit keje aku kan? aku gi lunch dengan nana kat alamanda.. so aku beli lah birthday card untuk dia.. sorry i tengah sengkek sekarang ni so tak dapat nak belikan u hadiah. ambik je la kad yang ada tu eyh.. hehehe... siapa suruh lahir time orang belum gaji kan? hiks!
konon nak hantar kad kat rumah dia kejap je la.. pastu tiba2 rasa nak buat kek pulak untuk dia.. hehehe.. caye tak? caye tak? aku buat kek sendiri untuk dia.. perghhhh percubaan pertama boleh tahan kau! cuma rupa dia je macam tak confident sikit.. hahahahah! buruk dowh kek aku! tapi sedap! kek coklat taw! aku buat kek kat rumah dia. adik and kakak dia yang tolong aku. mak dia tengok je kitorang.. nasib baik tak berkecah rumah. aku tanya dia balik ke tak. sekali dia cakap tak balik. aku takde la cakap apa2 sebab dah tak balik takkan nak paksa pulak kan? nanti dia taw pulak aku ada kat rumah dia.. so diam je la.. sekali dia call lagi sekali tanya aku kenapa tak bagitahu yang aku ada kat rumah.. aaah sudah. ni mesti keje adik dia ni yang bagitahu.. pastu nak emo2 pulak ngan aku.. emo apa? haaa tu rahsia... last2 balik jugak... tapi aku tak perasan time bila dia balik.. hahahah! taw2 je dah tercongok depan aku.. kihkihkih...
amacam? ok tak kek aku?
hahahah sebab bahan hiasan takde so kitorang guna je la apa yang ada kat rumah.
ok lepasni siapa nak kek boleh tempah kat aku.. hahahahahah! gelabah giler! apa2 pun happy birthday yayang ngimok.. semoga cepat sembuh. naik gunung esok hati2 eyh!


6 loves:
ko xnk anta kad ko kat ak ke??sob..sob..
hebat rupe nye ko mai.. bagush2.. nnt besday aku ko bg kek jugak erk.. aku nak,.. hahahh
::::anis..: esok org tuh kua result.. hahahhaha
farah: kad apa babe?? bday kad? hahahah! nak gak ke??
anis: ko jgn buang plak kek yg aku buat nnti.. mkn smpai abis ok! hahahah!
wahhhh sedapnye kek coklat...
mau jugak nti sile hntr kt umah kte bln 12 nti yer!!! ;D
hahahaha cmne nk anta? pos laju? nnti smpai2 dh hancur.. cmne??? hiks!
ohh xper nti kte bg alamat umah senang jer tu,,,hikhikhik
Post a Comment