maaf di atas kelewatan mengupdate cerita yang dah nak basi ni. heheheh formal tak? aku ada hutang korang kan? sebab aku dah janji nak cerita pasal kursus yang aku pergi haritu maka meh aku cerita.. sebab aku tengah rajin sikit ni.. hurmm kursus usherettes dah cerita kan kat entry lepas. lepas je aku pergi kursus usherettes tu, aku terus je drive pergi PD dengan dila. sebab kitorang sama2 dari kursus usherettes. kami ada kursus team building pulak. aku dengan dila satu unit. kursus ni company aku adakan untuk setiap bahagian. maknanye semua staf dari setiap bahagian kat company aku kena pergi tapi ikut tarikh yang diorang dah bagi. mean berperingkat lah pergi. kang kalau pergi semua dah siapa pulak yang nak buat kerja kat office kan? dalam bahagian aku ada 3 unit. so total staf dalm 80 orang. kena bahagikan ke dalam 2 kumpulan. so jadi la 40 orang 1 kumpulan. so dalam jadual yang diorang bagi tu pukul 3 petang 20 mei tu ada ice breaking. aku keluar dari Resident Hotel pukul 12. balik rumah dulu sebab nak ambik baju yang lain pulak. so aku sampai PD dekat pukul 4 kot? aku lupa jalan. dila pun same. bila dah dua2 tak ingat jalan, memang lambat lah kan?
penat lah nak cerita panjang2... meh aku letak gambar sambil bercerita. macam cepat sikit kan? jom layan.....
ni lah tempat team building tu.
dekat ILHAM resort ke apa ntah nama dia. sila google eyh. tempat cantik weyh!
lepas je sesi ice-breaking ada banyal lagi masa so kitorang semua berenang2 la... :)
gambar ni aku curi dari kumpulan lagi 1 punya. hehehe sebab aku tengok cantik je.
masa bila ntah dorang pergi ni.
dinner lepas solat maghrib berjemaah.
semua ni 1 unit dengan aku.
berkursus pun boleh karok kan? hehehe..
diorang bagi karok kitorang apa lagi.. tak lepas peluang la!
ini hari kedua. semua orang kena pakai baju yang company bagi.
pagi2 kena buat senaman then ada poco-poco. layan~
dah siap exercise semua, ada game kena buat by group.
ada 3 game sumernye. setiap 1 game kena wakilkan seorang je untuk buat.
ni group aku. siapa dapat siap dulu dapat 6000 markah.
sekali je group aku dapat siap dulu. and yang best time tu part aku pulak yang kena buat.
kitorang ada main painball gak time tu. game paling best!
main dalam hutan hokeyh~ syiok.. sampai tertiarap2 la aku.
dah macam askar dah. hehe...
ni game paling mencabar. sebab apa? kena gerakkan guli dalam batang paip sampai garisan penamat.
setiap orang kena pegang sebelah tangan je. jangan bagi guli jatuh. kalau jatuh kena ulang balik.
gila tak gila la jadinya kitorang semua. kejap bangun kejap duduk kejap lagi menyangkung. macam2 gaya ada.
hasilnya semua orang sakit peha!! haha!
dah abis game yang penat tu, kitorang main archery pulak!
group aku menang!!! yeay! tu ketua kumpulan aku.
dia panah buah limau kena weyh! group lain semua tak kena.
amacam? ada gaya tak?? hehehe.. 3x panah, sekali je kena bulatan tengah.
yang lain kena kat board je..
alamak kantoi pulak kak ju tolong tarikkan.
hahahah gigil dowh nak tarik. ketat gila!
group aku yang nama kopi "o" tu. :)
ada dinner malam tu sebab esok dah last kan..
aku nampak gemuk!!!! chis!
nak diet! nak diet!
misi yang terakhir before balik. kena cari harta karun.
padahal ni tempat group aku, tapi korang nampak tak berapa ramai yang ada kat situ??
semua orang datang tolong kitorang. cool kan? hehehe..
belum jumpa lagi time ni.. :(
heheheh dah berjaya jumpa dah baru boleh senyum lebar2.. :)
dah jumpa kena berkumpul untuk buka peti besi.
dengar apa entah time ni. panas kot!
ni ketua unit aku. :)
masa untuk buka... kena ada 6 kunci.
ouh benda yang kena cari tu ialah anak kunci...
inilah isi dalam peti besi tu..
kita ni bekerja dalam 1 pasukan bukan untuk organisasi je tapi untuk negara kita gak.
faham dah?
Aku sebenarnya dah pernah pergi dah team building ni. ni kira kali kedua la aku pergi. dengan pengurusan yang sama gak. aktiviti pun sama. game yang kat dalam kelas tu je yang lain. tapi aku tak kisah pun pergi banyak kali. sebab kursus ni best! enjoy giler and semua orang pun jadi diri sendiri time ni. tak kira la kau bos ke, pekerja bawahan ke. yang best kitorang punya penghulu time tu ialah office boy kitorang ok. walhal dalam tu ada 2 orang ketua unit. tapi tak kisah pun kan? seronok weyh! if korang ada peluang camni korang pergi la ok!
p/s: ada cerita kat sabah pulak. yerp aku baru balik dari sabah semalam. :) nanti aku cerita ok!














4 loves:
weh ini ke yg trip ke sabah tuh.. ade lagi meh le angkut aku hahah nak join gak kot... alaa besh gil;eee
bukan la.. ni aku kursus... pegi sabah nnti aku post lain.
best la tgk main paintball tu.. jeles2...
nick irfan: tu la.. best kan? nnti nk pegi main lagi...
Post a Comment