Followers

Click-click~

Friday, September 9, 2011

keperluan atau ikutan? : PART 1

Salam..

berdebar pulak nak menaip sebab macam dah lame je tak update belog kan? orang yang rajin memang lah macamni. tapi hati aku lagi berdebar tiba2 sejak semalam bila teringat macam kejap sangat masa sekarang ni. hello..., tinggal lebih kurang 2 bulan je lagi kot. mak jemah cuak! pulak tu harini je ada kawan2 akan menikah. yang aku pasti 2 orang nikah harini. lagi 2 orang tak sure harini atau esok menikahnya. =) semoga berbahagia sampai akhir hayat untuk kawan2 aku! sopi + mala, tasneem + fakhri, dayah + syamil and zura + amy. seronok kan? raya2 ni je ada 4 kenduri kahwin. lepas tu tak cukup kaki nak pergi kenduri. siap mencongak2 dengan kawan2 nak pergi kenduri mana dulu ni? huhu... rumah masing2 boleh tahan dekat. hiks~ insyaAllah aku akan sampai dekat kenduri korang semua. ok, entry kali ni agak panjang.

bercakap pasal kenduri kahwin ni, korang perasan tak sekarang ni makin lama makin banyak benda yang pelik2 ada kat kenduri. apa yang pelik? kalau dulu satu-satu kenduri kahwin tu RM10k tu macam dah complete lah dengan pelaminnya, khemahnya, makanannya, bunga telur, siap berkat bagi orang bawak balik, bilik pengantin lagi. tapi kalau sekarang, agak2 dapat tak? tak kan? ok aku faham faktor perbelanjaan sekarang dengan dulu lain. tapi bukan sebab tu je. korang percaya tak kalau aku cakap kita sendiri yang buat benda tu jadi over budget?

ok kita start dengan majlis merisik dulu eyh. pada kefahaman aku, majlis merisik ni bukan ke orang dulu2 buat sebab dia nak pergi merisik anak dara tuan rumah tu dah ada pilihan ke belum. if belum dia nak jodohkan lah dengan anak teruna dia. kan? ke aku salah? tapi zaman sekarang ni kau dah kenal kot boyfie kau. siap pakej dengan family sekali sebab dah selalu sangat bertandang dekat rumah and berholiday dengan keluarga sahabat handai semua. so apa konsep merisik kau tu? ok fine if nak merisik jugak. tapi, merisik tu patutnya yang datang ialah orang tua kau and makcik pakcik terdekat yang just bawak cincin belah rotan and sireh junjung sebagai tanda adat. ke tak pun tepak sireh eyh? betul? ni kalau dah merisik pun siap berhantaran, dah kenapa?? so korang fikir sendiri kat situ je kos dah berapa.

sekarang kita cerita pulak part bertunang. kalau dari zaman dulu akak2 aku bertunang, baju diorang tempah sendiri. beli kain then jahit lah berfesyen sikit. biasanya kurung moden. kain pun beli yang biasa2 je supaya boleh ulang pakai balik time raya nanti ke or time nak pergi kenduri kahwin orang lain. nampak tak? jimat kan? tak payah nak tempah yang bermanik bling-bling bagai mengalahkan artis lepastu, itu je lah sekali kau pakai sebab takkan nak pakai buat pergi kerja kan? kang pergi kenduri kahwin kawan2, orang ingat kau pulak nak kahwin sebab over mengalahkan pengantin. and sekarang ni pun dah trend dah bertunang je kena pergi butik sewa baju sampai 2-3 ratus. lepas tu pulangkan balik. ok aku tak mampu nak sewa baju time aku bertunang dulu sebab tu aku sanggup je pergi beli kain and tempah sebab dah tentu2 akan jadi hak aku nanti. puas hati!

lepas tu hantaran pun biasa bagi mesti 7 balas 5. standard! and kebanyakkannya bagi makanan sebab barang2 keperluan macam kasut apa tu semua bagi time naik nanti. ada jugak yang bagi barang terus so time nikah nanti tak payah bagi hantaran dah. tapi sekarang ni, kau tengoklah dia punya hantaran beratur dari pintu bilik perempuan sampai pintu masuk rumah. hahahaha! jahatkan aku ni? mengata beriya2. sorry lah. aku cakap apa yang aku perasan perbezaan dulu dan sekarang. sebab aku rasa macam membazir.

time sarung cincin. zaman dulu2 kalau sarung cincin, mak lelaki akan masuk bilik perempuan untuk sarung cincin. kan? so bila dah lame sikit dah takde dah masuk2 bilik sebab leceh nak kena hias bilik ni apa semua. so yang perempuan akan keluar duduk je sebelah mak perempuan sarung cincin and salam. dah settle. lepas tu up sikit duduk atas bantal nikah tu. sebab macam tak sopan je duduk atas lantai kan? masih ok. lepastu up lagi duduk atas kerusi pulak. pun aku rasa masih ok sebab kat rumah mana2 pun sekarang ni semua ada sofa. so takde masalah nak duduk kat kerusi. yang buat aku musykil sekarang ni ialah masa bertunang ada pelamin? eyh? ni konsep tunang terus nikah ke apa? pelamin kalau setakat kain tirai kat belakang hias bunga palsu sikit2 and letak bantal nikah takde hal. ni pelamin yang siap panel and lampu and tiang kiri kanan siap kerusi pengantin?? apakah kaedahnya tu? bab ni memang aku tak faham. kau nak bertunang je pun. dah lah baju sewa dah macam nak bersanding, siap pelamin, khemah lagi kat luar, makan siap katering, ada kadang tu siap berinai? ya Allah kayanye korang. sila sponsor saya untuk kahwin boleh? sebab majlis tunang kau tu dah macam untuk majlis kahwin aku. why? why? why? kenapa nak membazir?? sebab bila kau buat besar2an macamtu belum tentu pun kau akan kahwin dengan dia. ok fine, aku faham sekarang ni zaman IT. ko buat apa pun even kau nak sorok mesti orang akan tahu jugak. berala kadar tu aku rasa memadai. ni dah lah buat meriah bagai nak rak sampai 1 facebook tahu. tiba2 lepas sebulan dah putus tunang? erk? ok takde nak perli siapa2. tapi ni hakikat. aku suka je ada beberapa kawan aku yang bertunang sangat simple. yang datang cuma ahli keluarga and kawan2 rapat. takde majlis beriya2. sangat simple! ye simple tu yang menarik.

korang faham tak apa itu keperluan and apa itu kehendak? aku termasuk dalam kategori yang tak reti nak bezakan keperluan and kehendak. tapi suatu masa dulu lah. sekarang ni dah ok sikit. dah ok banyak sebenarnya. siapa yang dah tengok majlis bertunang aku tu mesti akan buat perbandingan dengan apa yang aku cerita kat atas tadi. tapi aku rasa korang tak boleh nak kondem aku kot? hahah sebab apa? sebab semua aku buat ala kadar je. baju tempah. barang hantaran makcik yang buatkan. so tak payah nak upah kat orang 1 dulang sampai RM45 - RM100. saya bukan dari keluarga yang senang or kaya raya untuk membazir dekat benda2 yang macamtu. aku takde sewa pelamin untuk sesi sarung cincin. just duduk dekat kerusi yang ada dekat rumah tu. cuma aku ada ambik orang make up kan aku. hahaha yang ni aku tak sure kenapa aku ambik. macam membazir sikit kan? tapi aku tak bagi akak tu make up aku over2 because itu cuma majlis tunang. so tak payah nak over sangat make up tebal2. ada sedikit goodies, tapi tu abang and akak aku yang bagi. so dah orang offer, aku amek je lah. kan? makan pun mak aku masak sendiri dengan jiran aku. so takde katering2 ni semua. khemah pun takde even yang datang dari pihak lelaki macam 1 kampung. (hahahah sorry awak!). aku cuba untuk buat ala kadar and itu yang aku termampu. ouh, cameraman juga takde. cuma ada tay guan chuan sahaja sebab dia kawan aku. hehe dia yang tolong snap gambar. suka2 je. takde outdoor photoshoot macam orang lain. sebab aku cuba untuk berjimat. =)

ouh baru cerita sampai part bertunang. kahwin belum lagi ni. macam dah panjang sangat je ni. part kahwin nanti aku sambung ok. nak cuba cari bahan cerita jugak. hahahah! harap2 korang dapat lah sambungan dari aku ok. lalala~ bye!

11 loves:

am3r0L said...

sy tunang dan terus nikah.

MyeAqma said...

good idea~ :)

aanie said...

akak pun tunang biasa2 je...baju pinjam, mekap sendiri...sarung cincin atas lantai je...makanan family masak...xde hantaran...cuma belah laki bagi kain pasang je...

anis said...

mye ko nikah bile ni.??? weh mala nikah gak ke.. iskkk iskk aku tatau pong... hahhahah eh sat mala mane,./.?? hahhaha simple kan lebih baik..

ummunisakhalaf said...

akak suke entri ni..mmg betul pun org sekarang ni tunang mcm nak kahwin dah..siap ada pelamin bagai,yg lelaki plak siap dgn baju melayu jgk tuh..yg xde dlm majlis ni tok kadi je kot...akak dulu tunang n nikah tempah baju sendiri n sampai skrg baju2 tu masih boleh dipakai utk mana2 majlis...masa merisik lg best,pakai seluar jeans dgn t-shirt je kot..hehehe kata dah kenal dgn family lelaki kan...betul x?? :P

Mia Deanna Sali said...

suke sgt entry nie..sgt setuju majlis tunang skrg sgt grand.. kadang xblh nak beza nie nikah ker tunang..

Mia Deanna Sali said...

suke sgt entry nie..sgt setuju majlis tunang skrg sgt grand.. kadang xblh nak beza nie nikah ker tunang..

MyeAqma said...

kak aanie: kan? simple itu best!

anis: aku nikah lmbt lg. nnti aku bgtaw k. surprise. hahaha...
eyh, ni mala lain lah. kawan aku yg lain. hiks~

kak ummunisakhalaf: kan? apa motif buat beriya pun x pasti la... klau ada tok kadi boleh nikah terus dah. haha..

nana: sbb org lain dh buat grand2 jd kwn2 yg nk bertunang pn msti mcm nk berlumba kan? tkut nnti org berckp. x suke!

Mia Deanna Sali said...

betol2 takot nti bile tibe time kte wat simple org mengate pulak..tp ibu kte slalu ckp kalo buat simple ker grand ker org tetap mengate gak sbb mulot org xblh tutupkn..so kte kena buat ikot kemampuan sendiri jer xmo la nti lps kawen mkn pasir pulak kn..;)

MyeAqma said...

kan? skang ni citer dia rakyat malaysia memang suka mengata.. hahaha! so buat apa yg boleh puaskan hati kita je.. :)

Anonymous said...

Time akak lagi best, merisik just mak abah n abg long dia. Bagi cincin brlah rotan je. Then bertunang 15 minit, terus nikah. Heheh.

nuff