Followers

Click-click~

Tuesday, November 22, 2011

rindu tak? rindu tak?

Salam...

ya Allah baru perasan lama gila tak update belog tercinta! mintak ampun mintak maaf cik mai sangat busy. betul, tak tipu! korang semua mesti pelik kan apa lah yang di busykan sangat ni? takkan lah langsung takde masa nak update belog kan? sambungan entry pasal kahwin aritu pun tak update lagi. ish apa nak jadi lah ni...

ok meh sini aku bagitau apa benda yang busy sangat tu eyh? semuanya bermula dari lepas raya. korang semua sedap je kan dapat raya sebulan. balik keje sambung beraya kat rumah saudara mara, kawan-kawan, jiran tetangga semua kan? aku ni? sedih! lepas cuti raya je terus kena outstation.

6 & 7 sept: kluang
12 - 15 sept: lahad datu and sandakan
16 - 18 sept: pangkor (bercuti)
19 - 20 sept: kuantan
22 sept: exam
24 sept: exam
27 - 29 sept: sarawak
5 oct: exam
13 - 15 oct: bandung (bercuti)

ok, sekarang nampak tak kesibukkan aku tu macamane? tu tak habis lagi tu... sebab aku ni dalam team yang kena handle 1 international conference yang company kitorang buat lagi lah bertambah busy. tapi sekarang hal kerja dah settle dah. sebab conference tu dah habis minggu lepas. aku kena stay kat KL dari isnin sampai lah khamis. tapi jumaat aku baru balik. and yang lagi best, aku baru je keluar dari hotel nak balik, kereta aku kena langgar dengan lori. perghhh memang hebat! terus teringat yang orang2 semua cakap yang aku ni tengah darah manis. erk...., memang betul eyh istilah tu? apa2 je lah. yang pasti aku takde apa2. alhamdulillah.... kereta now dekat bengkel tengah repair. rm500 ok kena bayar. sedih je duit melayang.. chis!

sekarang ni tengah menghitung hari je nak jadi puan pulak. setakat ni tak berdebar lagi. hehehe.. relax2 je.. perasaan masih biasa2. tapi ada sikit risau. aku boleh terima ke perubahan status nanti? aku ni dah terbiasa nak pergi mane2 siap2, cakap kat mak nak keluar then terus je keluar. tapi pasni dah tak boleh dah. kena mintak izin kat incik suami. kena masak! kena basuh baju! iron baju! kemas rumah! ok tiba2 macam tension! hahahah! gurau je lah. insyaAllah aku boleh adapt dengan segala perubahan lah kot. korang doa yang baik2 je untuk aku k. doakan majlis berjalan lancar. rumahtangga aku and encik suami pun kekal sampai akhir hayat. aku tengah takde idea nak tulis apa lagi. nanti kalau aku ada masa aku update lagi eyh benda2 yang aku tertangguh nak cerita kat korang. dah lame sangat tak update so jadi blur kejap. bye korang!

7 loves:

hitamanis said...

ko jgn lepas kawen lagsung x blogging plak kan... hahahahha maklum la tggjawab mkin berat. happy for u fren

MyeAqma said...

hehe blogging ni hobby kot.. so ada masa aku update lah.

zeera said...

rinduuuu! persiapan wedding semua tak cerita? hehe. lepas ni kena fikir nk kena iron baju suami, nak makan tunggu suami, tidur nak dengan suami dan semua nak buat berdua! seronoknya bila dah kawen. selamat melayari bahtera di alam perkahwinan mai :)

congrats in advanced!

MyeAqma said...

hahahah ye2 itu yg mai fikir.. semua pun buat bersama incik suami!
zeera dtg k knduri mai! :)

aanie said...

selamat pengantin baru mai.....x sangka dah nak kawen....hiks...

iedayah said...

huhuhu..sm la kte pn jrg nk updte blog smpi basi da..

MyeAqma said...

kak aanie: thx kak...

iedayah: tu lah bz lah and idea pn takde camne nk update? huhu...

nuff