Followers

Click-click~

Tuesday, June 12, 2012

surprise birthday untuk encik suami

Salam..

hehe cerita ni dah agak basi sebenarnya. maklumlah agak busy sikit dengan kerja dekat opis, maka nak update cerita pun takde mood. birthday encik suami masa 23 mei haritu. sebab terlalu busy aku tak sempat nak fikir apa-apa pun untuk birthday dia. tak tahu nak bagi hadiah apa, nak celebrate kat mana, nak buat apa. buntu. memang blank habis lah.. disebabkan asyik lah tangguh2 untuk fikir apa nak buat untuk birthday dia tu last2 dah sampai hari jumaat. hukhuk! macamana ni? hari rabu dah birthday dia!!!! fikir maizatul! fikir! hurmmm tak boleh jadi ni. terpaksalah call kawan yang berpangkat adik. huhuh kesian tak mak buyung ni? sampai kena mintak idea kat adik2. siapa suruh adik2 lebih kreatif dan inovatif dari kakak2 kan? hehehe...

setelah call cakap apa yang patut, maka dapatlah idea sikit2. hari yang sebelum2 tu kereta aku rosak, so hantar repair kena lah RM1k ++. masa encik suami nak bayar tu aku tanya "eyh, mana dapat duit?" dia pun dengan sedih kira duit depan aku jawab "saya simpan nak buat beli PS3, tapi takpelah takde rezeki. nanti simpan lagi" huuuuuu sedihnya!! aku ingat nak belikan lah tapi waaaaa mahalnya! tak mampu! pastu survey2 plak PSP. hurmm untuk sementara boleh lah kot bagi ni dulu nanti baru beli PS3 kan. tapi fikir2 balik macam membazir je.. kalau beli tapi nanti kalau ada benda lain yang lebih penting macamana? baby nak keluar ni kang banyak jugak nak pakai duit kan? duk survey barang2 baby haritu pun macam nak pengsan jugak aku laki bini ni haa.. ye lah gaji kami bukan lah banyak mana pun kan. so nak buat apa2 kena fikir and kira2 dulu... so aku pun cancel lah beli PSP tu. aku plan benda lain je..

hari minggu tu dia tak balik kalau tak silap aku (tu lah lama sangat nak update sampai dah lupa). dia kena stanby. so aku pun relax je la. hari isnin aku pergi keje tengah busy2 buat keje tu aku curi2 lah jugak cari2 gambar dia apa semua nak print. pastu cari idea nak buat kad. konon nak kreatif lah kan. nak bagi ada sentimental value. cheh! ntah pape ntah jadi kadnya. baik beli je senang. tak payah menyusahkan aku pergi cari barang sampai nak pengsan2 lah aku kat giant tu haa.. mak buyung ni tak larat dah haa nak berjalan. kejap2 mengah, jalan lagi kang rasa nak pitam, tengah jalan sambil makan pun boleh rasa nak pengsan. kesian kan? lawak pun ada... malam tu siap keluar la dengan adik dia pergi cari lilin. pergi sampai ke alamanda kau! lilin punya pasal. cakap kat dia nak keluar cari barang opis adik dia. heheh menipu aku ni. berdosa dah!

aku terfikir2 nak buat surprise selasa malam rabu tu ke or hari rabu malam tu baru baut surprise eyh? konon macam hari rabu tu nak baut2 macam takde pape la.. nanti nak cakap "sayang, sorry kita takde apa2 nak bagi. boleh wish happy birrthday je.." hiks.. konon2 lah... lepas tu macam duk berlegar2 lagi ni kat kepala sampai lah hari selasa kat opis. before balik sibuk duk print gambar dia yang aku curik dari fb dia. buat kad yang dah beli barang2 tu semua kan. the whole day asyik sms dia tanya harini balik tak? balik pukul berapa? main takraw tak harini? dia pun jadi rimas sebab aku asyik tanya je. sampai dia tanya aku balik "kenapa asyik tanya je ni?" aaahhh sudah! jangan kantoi dah la.. pastu aku pun stop kejap tak tanya dah. on the way balik aku singgah secret beli kek. 2 potong je. sebab tahu nanti mesti tak habis. balik rumah sorokkan kek and barang2 semua. buat macam biasa je. wlahal dia belum balik pun time tu sebenarnya. tapi gelabah lebih. hahahah!

lepas maghrib aku pergi pasar malam dengan adik ipar aku. duk bincang2 dengan dia. ouh pergi beli barang lagi sikit kat kedai kek yang biasa. balik rumah aku tak larat dah. serius macam nak pengsan time tu. aku duk je depan tv. tak larat nak buat apa2. aku sms dia cakap aku kat bawah. malas nak naik rumah mak dia. aku cakap nak lipat kain. tapi sebenarnya tak pun. aku tanya lagi pergi main takraw ke tak? balik kul bape? dia cakap kejap lagi baru pergi. last2 dia tak pergi pun duk layan debat kat tv. dah pukul 10 camtu kot aku pun macam tersedar tak buat apa2 lagi. kelam kabut lah aku kan. duk tampal gambar kat paper, lekat kat dinding, gantung tulisan happy birthday jugak, duk susun lilin, keluarkan kek. cari pinggan pulak tak jumpa. aku dah ishh nak letak atas apa ni? teringat ada hadiah kahwin yang tak bukak lagi tu.. kelam kabut masuk bilik cari hadiah.. hahah lawak!!! sambil tu sms dia cakap if nak turun bagitahu. sebab aku cuak lah kan kang tengah busy2 decorate tiba2 dia masuk je rumah. haaa x memasal je. aku cakap kat dia lagi nanti tolong buang sampah yang aku dah letak depan pintu rumah.

sekali aku tengah duduk2 tengok tv dia balik! lilin tak nyalakan lagi ni! macamana ni? macamana??? aku tak bagi dia masuk rumah. aku jerit je. tunggu je kat luar tu! orang dah cakap nak balik bagitahu, kenapa tak bagitahu??? dia pun cakap buat apa tu? aku malas nak jawab. dia mintak kunci kereta, aku tanya lagi nak buat apa kunci kereta? nak buang sampah katanya. eyh??? buang sampah pun naik kereta dah kenapa? pastu baru lah dia cakap nak gi minum kejap. aku tak bagi. aku cakap tak payah keluar. mulut duk bising ni tapi tangan duk nyalakan lilin. memang gelabah gila lah!!! last2 dia cakap takpelah saya pergi buang sampah je ni kejap. aku cakap terus balik jangan pergi mana2. korang bayangkan lah dah tengah2 malam aku terjerit2 laki bini, sorang luar rumah sorang lagi kat dalam rumah. macam tengah bergaduh. berpeluh2 aku duk nyalakan lilin tau. dah siap pasang aku amek kek pastu call dia dulu tanya kat mana dah sebab nak nyalakan lilin kat kek pulak. dia cakap tengah naik tangga. nak sampai rumah dah. aku pun berdebar2 ni tunggu. ish nak tunggu kat mana ni? nak cakap apa nanti bila dia masuk? gelabah sangat weyh! macam 1st time nak jumpa. last2 aku tunggu je tepi pintu. dia bukak pintu je aku cakap "Happy birthday sayang!" dia terdiam kat depan pintu tak masuk2. pastu baru lah dia masuk tersengih2 tengok ada kek, ada lilin apa semua kat atas lantai. macam nak nangis tengok dia happy and terkejut. huhuhu sensetif betul mak buyung ni lah! tapi aku cool je.... senyum je tengok dia.. aku nak padam lilin dia cakap nanti kejap nak ambil gambar dulu. sampai cair2 lah lilin kat kek tu nak tunggu dia amek gambar bagai... gembira sangat bila dapat buat surprise untuk dia. walaupun biasa2 je. sebab tak prepare. sebab takde idea... tapi dia tetap appreciate hasil kerja wife dia yang tak seberapa ni haa... meh tengok gambar meh. hehehe malu lah pulak sebab macam budak2 je...

25 tahun dah.. tak lama lagi nak jadi baba pulak! :)

eyh, ada kaki pulak.

 gambar2 yang di curik dari fb dia. hehe...

macam nak celeb birthday budak tadika kan? :)

Lepas dah ambik2 gamabr tu aku tanya lah surprise tak? dia cakap tadi saya duk fikir apa lah yang dia ni buat. tengah berurut ke? tapi takde pulak dia bagitahu ada orang datang mengurut. (yee, saya memang suka panggil orang datang mengurut saya di rumah.) dia cakap lagi saya tengok lampu semua tutup tapi lampu bilik menyala. pastu dah malas nak fikir. masuk2 rumah tengok eyh..... ada kek ngan lilin.. speechless! lepas tu terus ajak aku pergi makan roti canai. hahaha selalu kalau aku mintak tengha2 malam tu ada je alasan malas nak pergi. tapi haritu baik hati je ajak aku gi makan kat kedai. hehe.. terpanjang pulak entry kali ni. kira cover untuk yang dah lama tak update tu lah eyh.. :p



p/s: Happy birthday sayang! semoga panjang umur, sihat sentiasa, murah rezeki dan selalu jadi yang terbaik untuk family kita. dapat bimbing saya and anak2 kita nanti. jadi ketua keluarga yang hebat. sayang awak selamanya!

10 comments:

eintan nurfuzie said...

bestnye hehehe
jom join sini
http://www.nurfuzie.com/2012/06/pencarian-cik-en-dan-blog-entry-kita.html

MyeAqma said...

hehe apa yg bestnye awak?

intan shafina said...

suweet nyer...tergelak2 baca bab menjerit2 sorg kat luar sorg kat dlm..hihi..

aanie said...

hikhik..comelll je...

MyeAqma said...

@intan shafina: itulah, orang dah pesan nak balik msg dulu. tau2 dah sampai depan rumah. haa kan dah terpekik2 macam orang bergaduh. hehehe..

@kak aanie: hiks, awk pun comel jugak. nape anniversary aritu tak buat surprise jugak?

Lantern said...

comel je uolls ni..hjaha..kelakar..boleh ke jalan2 nak pitam u?? oer berjalan eyh?

MyeAqma said...

lantern: a'ah i cepat penat u.. aritu gi urut wan tu cakap i banyak angin sbb tu jln rasa nk pitam.. tapi cek darah sumer kat doc ok je.. :)

zaujah until jannah said...

alalalal tomei nye. mane pic ko time preggy ni. aku x pnh tgk lagi tau

MyeAqma said...

anis: weyh, ko ni mmg suka tkr link blog eyh???? dush laju2...

pic time pregnant kena simpan.. hahahah! malu lah nk upload... hiks~

Obat Penyakit said...

makasih atas infonya gann
http://obatpenyakitasamurat22.blogspot.com/2013/11/obat-penyakit-asam-urat.html

slam kenal ichalrakot

nuff